Allahu Akbar

ERTI ALLAHU AKBAR

"ALIF" @ ALIFULLAH itu adalah Zat Allah atau Diri Allah dan sebenarnya Diri ialah Ruh Nabi Muhammad SAW, kerana Muhammad itu adalah Nama atau Asma Allah.

"KAB“ ertinya ialah Nyawa, yang berhubungan Jantung (di dalam fuat yang hidup) hingga kita dapat berbicara sebagai mana mestinya.

"BA" @ AF’AL ALLAH adalah kelakuan Nabi Muhammad SAW, kerana itu adalah kenyataan Allah yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW.

"RA“ ertinya adalah Diri yang nyata ini, hingga dapat melakukan sesuatu kehendak yang disebabkan perintah Rahsia yang berasal dari Ruh Idhafi memerintahkan Nyawa, dan Nyawa memerintahkan Diri/Tubuh sehingga berkelakuan atau berkelakulah yang sebenarnya Diri, sebab kesemuanya itu berasal daripada Nur Muhammad SAW.

Seperti firman Allah :
“KAD JAA AKUMUL HAKKUMIRRABIKUM” ertinya, "Sesungguhnya yang datang kepada kamu itu adalah Hak Daripada Tuhan kamu", Itulah adanya Nur kepada Nur. Yang dimaksudkan Ujud Idhafi yang bernama Wujud Hakiki.

Dan itulah kezahiran Wujud Mutlak, sesungguhnya siapa yang dapat mengenal atau meresapkan Nur Muhammad SAW, sama halnya mengenal atau meresapkan Tuhannya. Kerana itu adalah kezahiran dan kenyataan bagi Wujudnya, dan yang pertama Tajallinya atau menjelmanya HAK ALLAH pada kelakuan INSAN maupun kepada pelajaran orang-orang Arif Billah.

Di sinilah sampainya Ilmu atau Pengetahuan Aulia dan Ambiya yang mengatakan Allah.

Dari itu kenalilah Diri atau Tubuh dengan erti Nyawa, yang dikatakan Rahsia Allah yang bernama Idhafi.

Selanjutnya dengan huruf “H” (IDHAFI) adalah Ruh Wujud Hakiki, atau Kezahiran Wujud Mutlak.

Wallahua'lam.